bahagiaku kerana-Mu...
“Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)
31 October 2009
dah start pening kepala...
bermakna..
byk asgment akan menyusul..
kepala dah start pening ni..
aihh susah jugak nak buat asgment ni
subjek microteaching ni org kata seronok
yeker??
tp best jugak duk mengajar
boleh syok sendiri hehe
tp pening jugak la nak buat rancangan mengajar ni
dari semalam duk fikir nak buat induksi set camne
tp still tak dpt idea yg best
huh~~~
isu pertanian di malaysia.....
uhh datang la idea cepat sket
dah tak larat nak fikir~~~
28 October 2009
sakit hati...
dah beberapa hari tak menulis
laptop buat hal lagi
charger lak yg rosak
pc hubby ni pulak takleh nak guna slalu
sibuk dgn kerja dia
hmm susah sket la nak online skrg..
ni nak citer kesah 2 hari lepas
tetiba org ketuk pintu rumah
kuat la jugak..
ingatkan makcik sy yg duk tingkat atas
bila hubby bukak jer
terus ckp simpan semua makanan dik...
kitaorg nak sembur ubat nyamuk
masa tu saya n hubby tgh makan
yelah
baru jer blk dr psr mlm
diorg ni mcm nampak2 jer sy masuk umah
baru jer bukak makanan dah ada org ganggu
bila dah diaorg suruh kemas2
saya ni tergesa2 la simpan apa yg patut..
ngah sibuk duk mengemas
pastu tiba2 jer dgr dia mintak duit dgn hubby rm120
aikk terkejut la saya dengar
time tu terus terfikir...
ni dari kementerian kesihatan ke apa ni??
sbb setahu saya sembur2 ubat ni mana ada kena bayar apa2
slps ditanya barulah mereka bagitau
dari pest control company...
masa tu saya dah rasa lain mcm dah
rasa nak marah pun ada
diaorg duk pujuk hubby suruh ambik jugak
walaupun sekali jer rm20
saya tak bg hubby ambil
dah la tak kenalkan diri apa pun
ada ke masuk umah org
terus suruh kemas makanan n mintak duit
dahla masuk umah tanpa buka kasut
kurang ajar betul la
macam2 manusia...
23 October 2009
seronok~
hari ni saya happy sgt
sbb dpt jupe mak ayah n adik2
actually last week
saya n hubby dah plan nak blk kampung
tp last minute tak jadi blk pulak
tu yg sonok bila ayah dtg hari ni
ni lah anak zaman sekarang
mak ayah yg datang melawat anak2..huhu
tapi ayah saya tak kesah kot
sbb anak perempuanya semua ada kat sini
so sonok bila berkumpul =)
hmm tak nak tulis panjang2
penattt........
seharian tak duk diam
dari pagi kelas
pastu blk masak utk family
petang gi umah akak pulak
layan anak buah yg tak reti nak duk diam
huh..mmg penat..........
esok ada aktiviti lain lg
nak pi main bowling..
22 October 2009
air tangan isteri...
hari ni sangat cool
so happy n enjoy
kelas dari pagi sampai tgh hari
lecturer yg sama
penat jugak la
tp disebabkan kelas dr. Roselan yg best giler
rasa enjoy jer
tabik la dr. Roselan
beliau mmg banyak pengalaman
n pandai buat lawak
gelak jer sepanjang kelas =)
saya ni kira bertuah husband ada kat upm jugak
so pergi n balik kelas biasa hubby yg hantar
ramai kawan2 dpli yg lain
terpaksa berjauhan dgn family utk sementara
hmm syukur sangat
terima kasih Allah...
sampai jer umah terus masak utk hubby
ikutkan malas dah nak masak
sbb dah mkn dgn member2 kat fak
tp sbb hubby belum makan lagi
masak jugak la even lauk simple2
yg penting hubby kenyang...
sbg isteri kita mesti jaga mkn minum suami
jgn harapkan makanan kat kedai jer
masak la best2 sket
baru suami sayang lebih
bangga tau bila hubby ckp kat member2 dia
bini aku pandai masak hehe..
n saya ni mmg suka masak utk hubby
penat camne pun cuba masak jugak
kecuali ada masa2 tertentu yg malas giler ;p
21 October 2009
PAPADOM best n terharu
tengah hari td sempat gi mines
tengok citer papadom yg member2 ckp sgt best
saye ni bukan suka sgt tgk citer
apatah lagi nengok wayang
tp sbb hubby dah janji
so saya pegi jugak la
plus today class semua cancel
tak tau nak buat apa
kat mines tu
ramai pulak terserempak ngan bebudak sp ni
buat rombongan ke apa ;p
mentang2 la sem ni rileks sket
enjoy la yer =)
citer papadom ni bg saya sgt la best.lucu.
n sepanjang citer
saya teringat pada ayah jer
tgk citer papadom pun leh berair mata
bkn apa..
teringat peribadi ayah
yg sgt ambik berat tentang anak2nya
ayah mmg terlalu sayang pd kami adik-beradik
terlalu banyak ayah berkorban utk kami
walau mcm2 ayah dah buat utk saya
tp smpai sekarang sy tak mampu lagi
nak balas jasa ayah
nak buat ayah gembira
insyaAllah tak lama lagi
saya dpt buat ayah tersenyum
sonoknya if dapat
mengajar sekolah yg sama dgn ayah
mudah-mudahan satu masa nanti
sy n hubby dpt menetap dikampung
dpt jaga mak dan ayah
amin...
secara tak langsung
watak papa mia ni
berjaya meruntun hati saye
yg mmg mudah tersentuh ni..
n ada jugak terfikir
andai takdir saya pergi dulu
mampu ke hubby jaga anak2 kami sedemikian??
mampu ke saya jadi peneman hubby setiap waktu
masa hidup or mati??
mcm watak isteri papadom tuh
huhu apalah saya duk merapu ni
hubby baca mesti tak suka ni merepek semacam
jgn marah yer b..hehe
lepas tgk citer
singgah mkn mcD lak
hmm pastu menyesal
terlupa sbnrnya boikot mcD ni
tp sbb lapar
tak ingat apa..huhu
pasni InsyaAllah kalu blh elakkan
kita boikot barang2 US k..
20 October 2009
lapar...
kenyang dah..
sory ija..
akak memula mmg nak tunggu ija
leh mkn sama2..
tp disebabkan hubby dah lapar,
kami terpaksa mkn dulu
tp nanti akak teman ija mkn pulak ;p
mlm ni sempat masak
ayam masak lemak,
ikan goreng berlada
n pucuk paku jer..
menu yg simple
tp sedap utk di makan
puji sendiri lak..heheh
yg penting hubby suka =)
miss this time~
semalam terasa...
macam2 rasa ada..
bila sy dan hubby tonton blk video kahwin
rasa lucu pun ada
sakit perut tahan gelak
tetiba rasa malu sendiri
ish2...
mcm mana pelakon tengok lakonan sendiri yea?
kami ni bukanlah berlakon pun
cuma tengok gelagat diri sendiri
itu pun dah rasa malu hehe
bila dengar suara sendiri yg tengah seksi
pun rasa nak gelak
tgk pic bkn main pose
tp suara hampeh
heheh
demam..sakit tekak camne pun..
posing tetap posing ;p
next month dpt pakai baju kahwin sekali lg
tengah pk nak pakai kaler apa pulak
hmm baru nak buat majlis sambut menantu
padahal dah berapa kali dah blk umah mertua
aiseh...
apapun sayer suka jer
dpt melawa sekali lg
hehehe...
19 October 2009
syawal 2009~
syawal dah lepas
sape tak puas raya leh sambung deepavali lak hehe
hari ni dah masuk 1 zulkaedah 1430H
cepat jer masa berlalu
hmm hari2 yg berlalu
macam2 perkara leh berlaku
ada yang buat kita happy
ada yang buat tension kepala
apapun hidup mesti diteruskan
cewahh ;p
syawal tahun ni syawal terindah dlm hidup sy
sbb dpt beraya bersama suami tersayang
dah bertahun2 rutin raya sama jer every year
tapi tahun ni automatik berubah
pagi raya lepas sembahyang raya
leh cium tangan suami
tapi hari tu lupa mintak maaf
sibuk nak bergambar
cium tangan jer hehe
mintak ampun yer bang
halalkan makan minum bi=)
rindunye bila ingat 1st day raya hari tu
meriah betul
best dapat kumpul ramai2
layan anak sedara yg nakal..
malam raya pulak memenatkan
balik 2 hari before raya
kakak pulak sehari sebelum
banyak benda nak buat
bungkus tapai
kemas rumah
anyam ketupat (ayah jer buat)
malam raya pulak
sibuk bakar kek
kek buah kek wajib
sebab ayah suka sgt
yang laki sibuk bakar sate
termasuk la hubby saya
sambil bakar sambil ngap ;p
tahun ni kami beraya di terengganu dulu
mesti la kat kampung saya
nasib hubby tak kesah raya mana2 pun
sayang abg...muaxxx hehe
tapi lepas maghrib
dah tolak balik kelantan
sampai tengah malam
ganggu orang pasir mas tido jer
sorry yer abah ma..hehe
yang best biskut yang sy bawa blk umah mertua
sekejap jer licin
almond london n chocolate chip jela hehe
tahun ni walaupun bz sgt
syukur dapat gak buat biskut raya
tak nak miss
sbb mcm tak best kalu takde biskut sendiri
lagipun tak nak hampakan ayah
yang mintak saya buat banyak sket
nasib baik hubby ringan tulang
n adik kesayangan sy pun si ila byk tolong
dia la sampai tak tido mlm duk buat biskut
dapat gak la siap 8 jenis biskut rayer~
saya mula2 jer semangat
pastu bila duk pk asgment bertimbun
sayang mu...hehe
harap2 tahun depan
dapat beraya dengan tenang
setenang2nya hehe
tahun ni tahun paling seksa jugak
dah la before raya mcm2 asgment kena siapkan
pas naik raya terus exam seminggu
semangat bukan main buat balik buku
tapi hampeh mana sempat nak study
lagi la bila duk umah mertua
takde maknanye nak tunjuk rajin nak study
nasib la result apa yg aku dapat nanti
janji dah berakhir dah semua tu
uhhh lega teramat........
ok sambung balik citer raya...
memang lama raya kat kelantan
(ayah mcm jeles..huhu..sori ayah..ibah takde niat)
lagipun raya ke-5 tu ada kenduri kahwin abg ipar
jadi pengapit depa sekejap hehe
dah kahwin pun ada jugak org mintak jd pengapit yer
yang lucu time kat pelamin
mak andam ingat sy dan hubby adik beradik
muka sama katanya
betul ke muka kami sama
ada jugak kwn2 kata muka kami sama
tp hubby ckp sama tang mana ntah??=)
16 October 2009
malas
alhamdulillah..kenyang dah..mlm ni tak masak lagi..smlm dah makan kat taman warisan, mlm ni beli kat night market pulak..alasan sakit perut, malas nak masak..huhu..takpe, esok saya akan masak best2 utk hubby tersayang..lgpun esok hari sabtu, byk masa terluang kat umah..
hubby mmg tak cerewet psl makan..akan makan jer apa yg saya masak..tp hubby sy ni makan sikit jer, perut kecik, tak mcm perut sy ;p...
nikmat menjadi wanita
Puteriku Nadiatul Liyana, jadilah isteri yang solehah buat selamanya2, sayang Almarhum Sukarno pernah berkata "wanita ibarat pohon karet (pokok getah)". Kata2 ini membuatkan ramai wanita yang marah. Tidak perlulah dihuraikan apa maknanya kata2 itu. Maklum sajalah pokok getah waktu mudanya amat berguna dan apabila sudah tua akan dibiarkan atau ditebang saja.Paling2 pun digunakan untuk membuat perabot.
Rasulullah saw. mengatakan bahawa para isteri yang beriman semasa di syurga nanti akan lebih cantik dari bidadari, maka tidak perlulah khuatir masa itu suami kita akan lebih tertarik pada bidadari atau isterinya sendiri. Macam2 ungkapan disebut tentang wanita. Namun yang pasti kita adalah makhluk yang perlu sujud pada pencipta Yang Maha Agung, yang diberikan tanggungjawab tersendiri sebagai khalifah di bumiNya ini. Saat yang paling bahagia bagi seorang wanita dan selalu diceritakan kepada rakannya2 ialah:
i. saat pertama kali jatuh cinta dan diterima cintanya
ii. saat orang yang dicinta mengucapkan akad nikah sebagai suami
iii. saat pertama kali doktor mengesahkan yang ia bakal jadi ibu
iv. saat doktor menyerahkan bayinya yang baru dilahirkan
v. saat anaknya mula pandai melangkah
vi. saat anaknya mula menyebut ‘ibu’ atau yang seistilah dengannya
vii. saat pertama kali membawa anak ke tadika
Semua itu adalah nikmat yang tidak terucap dengan kata2. Saat seterusnya adalah rentetan saat2 cemas yang saling berganti dengan saat2 bahagia membesarkan anak. Di sebalik setiap nikmat yang Allah anugerahkan ada tuntutan amanah yang besar untuk dilaksanakan. Nikmat bila dicintai adalah upah keatas usaha yang bakal kita lakukan bagi meramaikan ummat. Nikmat dimartabatkan sebagai ibu adalah upah disebabkan beratnya tugas mendidik anak yang akan menjadi khalifah penjaga bumi.
Kasihnya Allah tidak terhingga, upah diberi sebelum tugas dijalankan. Namun kadang2 kita lupa mensyukurinya apalagi untuk menunaikannya secara sempurna. Di masa2 tertentu kita merosakkan nikmat itu.
Nikmat memiliki suami kadang2 disiakan2 dengan menderhaka padanya.Nikmat memilik rumahtangga kita tukarkan ia dari syurga menjadi neraka dunia Nikmat menjadi ibu kita ketepikan dengan meletakkan kerjaya lebih utama. Nikmat memiliki anak cerdik dirosakkan dengan berbangga2 pada orang lain.
Nikmat kadang2 dilambatkan atau tidak diberikan kepada sebahagian wanita kerana Allah tahu wanita itu mungkin tidak sanggup menggalas amanat dihadapannya nanti atau ada nikmat lain yang disimpan untuknya yang akan diberikan dikemudian kelak.
Kebahagian itu adalah nikmat. Keperitan pula adalah nikmat yang ditangguhkan. Tidak ramai orang mensyukuri nikmat memiliki suami apabila suami yang dimiliki bukan impian dihati. Sedangkan Allah tidak pernah menyatakan bahawa pahala melayan suami yang kacak dan tidak kacak adalah berbeza banyaknya. Walaupun syurga isteri bukan terletak di tapak kaki suami, namun redha suami adalah nikmat yang sangat besar kerana ganjaran pahala yang dianugerahkan Allah tidak ternilai harganya. Redha Allah pada si isteri bergantung pada redha yang diberikan suami. Wanita yang derhaka pada suami tidak akan mencium bau syurga.
Allah tidak menghukum seberat itu kalau bukan kerana ada sesuatu yang penting berhubung dengan kesetiaan isteri pada suami. Walaupun wanita bersifat lemah, namun dia boleh menjadi penghancur atau pembina kejayaan seorang lelaki. Nikmat hanya akan berharga apabila ia hilang dari kita.
Cerita berikut adalah kisah seorang wanita yang boleh dijadikan pengajaran berguna dan peringatan bagi setiap wanita yang bergelar isteri. Cerita yang saya terima melalui email beberapa tahun lepas.
Saya mempunyai suami yang sangat baik dan keluarga yang sangat bahagia. Saya merasakan sayalah isteri yang paling baik menjaga suami dan anak-anak.Segala ciri2 isteri yang baik saya cuba pastikan ada pada saya. Tidak pernah saya meninggi suara kepada suami, tidak pernah menolak sebarang suruhan dan permintaannya. Makan dan minum saya layan dengan sempurna.Satu hari saya balik dari pejabat agak lambat. Saya tidak sempat menyediakan makan malam. Keletihan bekerja yang amat sangat di pejabat menyebabkan hilang selera untuk makan bersama suami. Saya terus masuk tidur. Tiba2 suami datang sambil berkata ….”tak apalah kalau sayang tak mahu makan dengan abang malam ni, tapi boleh tak sayang layan abang sekejap. “Badan serasa sudah tidak bermaya dan mata sudah susah untuk dibuka. Saya menjawab “Ala bang, besok boleh tak?”“Yang, kali ni je…lepas ni abang tak minta dah.”
Antara sedar dengan tidak saya biarkan suami begitu saja dan saya terus tidur sambil membelakangkannya.
Apabila bangun pagi keesokkannya saya dapati suami sudah keluar. Teringat katanya2 malam tadi….astaghfirullah! !, besarnya dosa saya. Saya terus mencapai telipon berniat untk minta maaf. Beberapa kali mencuba masih tidak dapat.
Saya terus bersiap untuk ke pejabat. Tidak berapa lama hp saya berbunyi. Saya sangka dari suami tetapi kenapa suara lain. ”Maaf cik, ini panggilan dari polis. Saya jumpa talipon ada nombor cik. Cik kenal ke tuan talipon ni?”
“Ya, itu talipon suami saya, kenapa dengan dia?”
“Maaf, cik, dia terlibat dalam kemalangan dan tidak dapat diselamatkan.”
Longlai seluruh badan. Kehilangan suami sudah cukup berat untuk ditanggung apatah lagi meninggalkan saya sebelum sempat memohon maaf dosa yang begitu besar. Terngiang2 katanya2..”Yang, kali ni je….lepas ni abang tak minta dah”. Dia sudah tahu yang dia nak pergi tapi saya yang bodoh mementingkan diri sendiri. Usaha saya menjadi isteri yang baik habis begitu saja dan neraka menunggu saya di depan.
Saya rasa hampir gila memikirkan diri yang diselubungi dosa yang tidak terampun ini.
”Allah dan bumi yang dipijak mengutuk wanita yang menolak hajat suaminya sehingga suami memaafkannya.”
Kisah ini seharusnya menjadi pengajaran pada kita yang amat mudah terdedah dengan dosa tanpa kita sedari...
15 October 2009
nite
ntah apa2
sejak dah kahwin ni, jarang benar dpt keluar jalan2 mcm dulu2 sblm kawin..maybe disebabkan byk kelas n kepenatan..hubby pun suka lepak kat umah jer..yg pelik makin lama hubby makin slow main game..dan skrg susah sgt nk tgk hubby main game..kekadang rasa bersalah jugak sbb halang habit hubby yg ni..dulu semasa parameswara menjajah melaka, raja2 melayu termasuk rajagopal terpaksa berputih tulang kerna terpaksa menyerahkan takhta liga perdana kepada T-Team...... ceh, rupa-rupanya aku bermimpi di malam hari.
14 October 2009
BBQ cikgu2 sp~
akhir sudah aktiviti BBQ ayam ptg td..ingatkan ada ayam jer..tp bila kat sana macam2 duk mkn...dah mcm open house pulak..tp ni lain sket la..farm house..hehe..mmg sonok..untung jugak jd pelajar sains pertanian ni..pas tanam n ternak..blh mkn2..=)
dari sembelih sampailah siap bakar, kami buat sendiri..hehe..kira terer jugak la..tak habis makan, siap tapau utk hubby..tp sampai jer umah sambung makan dgn hubby pulak..perut apa la ni??hmm apapun enjoy~~
nak jamu apa??
13 October 2009
mengidam??
dari semalam kepingin nak makan asam laksa kegemaran yg sedap tu..
nak gi mid jauh, dpt mkn yg mines pun oklah
nasib baik hubby gi beli td,
kalu tak kempunan lg la mlm ni..
nape la sejak akhir2 ni kerap pulak terasa nak makan asam laksa ni..
nak kata nak ada beby perancangan jauh lg..hehe..
ntah apa2 la perut ni..
asik nak makan jer tahu..huhu..
nasib baik skrg aktif sket,
badan pun ramai yg tegur kurus sket
compare masa naik pelamin hari tu..hehe..
berbaloi jugak la penat2 gi ladang...
hasil kat ladang pun menjadi..
mmg senang hati la tengok..
dah selamat harvest pun semua..
sampai jagung pun dah tak larat nak makan..
terbiar kat dapur pastu buang camtu jer..
sayang pulak, tp nak buat camne..nak bg jiran
jiran pulak baru pindah
huhu dah takde jiran yg baik hati =(
semester 2
SONOK!! berkobar2 nak masuk kelas ni..hehe
ada org tu duk kampung lg..
kak ibit....dah2 la duk umah tu...
jom blk upm..ranau tak hilangnye...hehehe
kalu leh bawak sofi skali..=)
mimpi ngeri sem lps dah berlalu..mcm tak pecaye aku leh laluinye..huhu
penat usah nak ckp..sampai nak makan pun kdng2 hubby yg masak..
nasib baik la dpt laki yg memahami
kembang la tu abg..;p
bkn setakat tolong masak..tolong wat asgment lg..
ohh bkn aku sengaja nak susahkan hubby
or malas nak buat sendiri
tp tak ada masa
kadang2 nak exam pun study gitu2 jer
nasib baik ada si ibit yg slalu buat short note
n jugak jd cikgu kpd kitaorg sblm masuk dewan periksa..hehe
program dpli yg aku sedang lalui ni bkn senang
bukan la susah sgt, tp jadual mmg pack giler
terkejar2
dr kelas ke ladang
dr ladang ke kelas
hahaha gini la nasib cikgu pertanian
tp demi cita-cita ku utk jd cikgu
aku tabah laluinyer
nasib baik ayah n hubby selalu bg semangat...
ya..bagiku inilah kerjaya yg paling sesuai utk ku
yg impikan kerjaya yg bagus
dan jugak ada masa lebih utk family tersayang
so aku tak pernah rasa menyesal tinggalkan study master yg sedang aku buat
walaupun ramai org kata sayang...sayang...
hmm yg penting hubby sokong apa yg aku buat
dan ayah pun jd idola aku
i love my husband..
i love my family..
kalau dulu, sebelum dpt dpli ni..
aku slalu terfikir nak jd suri rumah jer ;p
sian mak ayah anta ngaji tinggi2 hehehe
tp sekarang..
aku dah nekad utk jd cikgu terbaik
pd pelajar2 aku nanti..
hanya tinggal beberapa bulan jer lg utk aku pergi buat praktikal
moga2 sem ni byk bantu aku utk jd cikgu yg hebat..cewahh..
harap2 sem ni cabarannya tak sehebat sem lepas
tengok jadual pun okla..tak sesak nafas dibuatnya..hehe
sempat la masak2 utk hubby dulu...
n yg penting.. bak kata Dr. Samsilah..
::::don't stress..just ENJOY THE PROCESS::::
kursus bina insan or.....
*beberapa org dihadapan adalah para fasilitator..hmmm
hmm last week join kursus paling hampeh..
sayang..tempat sgt menaik..pangkor island..
but why fasi yg ada sgt teruk..huhu
n akulah peserta paling berani
coz cakap sejujur hati apa yg aku rasa..hahaha
sori la kapten...jgn mara..blaja terima hakikat yer...
jgn buat silap lagi k..
anyway kitaorg sgt heppy
heppy dgn member2 yg ntah apa2 hehe
kitaorg leh masak, makan, mengurus apa yg patut..
rasa macam pergi bercuti jer..
harap pasni..upm or kpm..tapis dulu fasilitator mana yg layak..
utk membantu membina insan bakal2 guru nih..
jgn ambil mudah hal mcm ni..
byk komen2 yg kitaorg tinggalkan..
harap2 baca n buat penilaian..
kami hanya mahu jd pendidik yg terbaik utk anak bangsa..
ini bkn main2!!!
;p
12 October 2009
teringin ada blog =)
boring: bosan: tak tau nak buat ape: hubby sibuk layan citer cina kat tv:>>>
so dtg la idea buat blog..
actually dah create setahun yg lalu..
tp baru skrg teringin nak update..
to hubby>>> study3...jgn asik tgk tv..hehehe
Blog Design by Gisele Jaquenod