JANNATUL RAUDHAH
bahagiaku kerana-Mu...

“Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

30 November 2009

cerita raya dan sambut menantu

baru jer sampai dari pasir mas
hari ni saya buat cuti sendiri hehe
ponteng kelas huhu
tapi tak kesah la
janji leh duk kat kampung lama sket
perjalanan pagi tadi slow sket
hujan sepanjang perjalanan
jadi hubby bawak kereta slow jelah
takpe lambat asal selamat kan

sekarang baru sempat nak menulis panjang2 sket
sebelum ni sibuk macam2 hal
tak sempat nak online pun..

nak cerita pengalaman raya haji kat kelantan
pertama kali sambut kat sana
sonok sangat2!!
sebelum ni dengar citer orang jer
tapi memang betul2 best
sakannya orang kelantan raya yer hehe
pertama kali saya pegi tengok orang sembelih lembu
(masa kecik2 dulu pernah tengok tapi dah tak ingat sangat)
ya Allah kesian
tapi tak baik kesian
tapi betul saya tak sampai hati tengok
juga takleh lupa kuzi ayam yang mak mertua buat
best betul..sampai saya kerja makan jer huhu
sambil tunggu hubby balik dari melepah daging
makan makan n makan ;p
juga takleh lupa tengok hubby belah kepala lembu
sambil tu sempat juga belajar buat pencicah dengan chik(mak saudara suami)
seronoknya..tahun depan rasa nak raya kat kelantan lagi
mesti hubby baca dia suka dengar statement saya ni hehe

raya kedua..kat terengganu..
kebetulan keluarga saya buat korban pada raya ke-2
jadi hubby sekali lagi kepenatan
memang hubby saya ni ringan tulang
takleh duk diam mesti ada jer benda nak buat
kesian jugak tengok
dah larang pun tapi tetap nak buat..huhu
penat..tapi banyak benda lagi nak kena settle
beli barang untuk majlis sambut menantu
plan nak pergi pantai tak menjadi
kesuntukan masa..huhu
kecewanya tak dapat bawak hubby pergi mancing kat pantai chendering
dah lama berangan nak bawak hubby pergi dating situ
pantai tu banyak batu2 besar
mesti syok kalau bermadu kasih kat situ ;p

raya ke-3..
pukul lapan dah bertolak ke pasir mas
nasib cuaca baik.. panas sepanjang hari
pagi2 lagi kaum keluarga dah berkumpul
hajat nak bertolak pukul7
tapi biasalah janji melayu hehe
alhamdulillah majlis berjalan baik
buat simple2 jer
yang penting semua dapat kenal menantu cik pa ni =)
tapi saya rasa bersalah jer
kesian pakcik saya..keretanya eksiden...
kalau tak ikut rombongan mungkin hal ni tak jadi huhu
pada semua yang datang merai
terima kasih semua...
terutama keluarga belah saya yang sanggup datang ramai2
walau ada hajat lain hehe
shopping sakan la kat rantau panjang
hajat nak ikut shopping sama
tapi suami tak bagi
nanti orang nak tengok menantu camna??hehe

~~gambar sekitar majlis.....

29 November 2009

selamat pengantin baru again...

saya nak wish happy wedding to me again..hehe
bangun pagi2 ni nak bersiap gi pasir mas
kul7 dah berkumpul
nak sampai awal kat sana

pagi ni saya di make-up oleh adikku
tengok yer apa jadi dengan muka saya nanti ;p
semoga semuanya selamat
insyaAllah =)

24 November 2009

HAppY~~~

uhh lega betul rasa
shooting untuk microteaching 3 dah siap
macam biasa saya rasa mesti ada something berlaku kat diri saya ni
ntah la saya ni nak jadi cikgu lawak ke apa
ada jer benda yang pelik2 saya buat
spontan..so mmg takleh nak buat apa..huhu
tapi memang best mengajar hari ni =)

lepas jer shooting terus ingat kampung
yeay boleh balik kampung dengan senang hati
patutnya saya kena present monday next week
tapi sebab hubby suruh present gak hari ni
saya try la tukar dengan member
jadinya monday depan saya leh cuti
best sket kat kampung lama2

raya korban kali ni saya sambut kat kelantan
tak sabar nak rasa raya kat sana lak
tapi insyaAllah petang raya tu balik terengganu lak
pastu raya ke-3 datang kelantan balik
untuk majlis kawin kami kat rumah hubby
pastu balik terengganu lak..
pergi balik pergi balik
ayoo..tapi tulah nak jaga hati mertua ni bukan senang
kena lah adil kan
takut ada yang terasa lak
lagipun saya memang tak sanggup tak balik kampung
lagi bila hari raya
penat takpe..janji happy (^_~)

kat sini jugak saya nak ucapkan
selamat menyambut raya korban...
moga2 tahun depan dimurahkan rezeki
teringin nak melakukan ibadat korban..amin...

bye..selamat pulang ke kampung...
drive leklok..ingat orang2 tersayang..=)

23 November 2009

2 hari lagi..

hati dah tak sabar nak balik kampung
nak tengok air bah huhu
semalam ayah cakap tahun ni bah besar
dah lama tak tengok air bah ni
teringat zaman kecik2 dulu
time banjir jer mesti takleh duk diam duk main air jer
lepas main naik makan
pastu sambung main air lagi
camtulah bila tibanya time banjir
masa kecik2 dulu tak pernah fikir orang lain
cuma tahu nak banjir sebab nak main air bah
siap doa mintak banjir
marah mak saya bila dengar
tapi itulah...
zaman kanak2 zaman jahil lagi huhu
tapi syukur rumah saya tak pernah naik air
cuma kat belakang rumah jelah air melimpah
sape2 rumah yang naik air tu
banyak2 la bersabar
kesian tok saya
mesti air dah naik bahagian dapur ni
the nor camane?
sambut baby baru tengah banjir
pengalaman best ni =)
tak sabar nak balik nak tengok syafiqah!!

dalam tak sabar nak balik kampung ni
hati risau jugak teringat kenduri kahwin ke-2 saya ni
risau kalau hujan lebat sangat
susah sket la perjalanan keluarga saya
mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan..amin...
kita mesti ingat
semua yang berlaku adalah kehendak Allah
kita hanya merancang
tapi Allah yang tentukan segalanya
moga2 majlis saya nanti berjalan lancar
mintak2 tak hujan lebat
nanti kesian tetamu nak makan huhu

2 hari lagi..sabar ya hati =)

20 November 2009

facebook? hmm

saya nak cerita tentang facebook!
mana2 saya tengok orang asyik main facebook jer
dalam kelas, dalam lab, kat bangku2 area fakulti, dalam library..
mana2 jela...
ramai betul yang asyik dengan facebooknya
termasuk la saya..huhu

fb ni memang bagus sebab dapat contact dengan kawan2
dapat tanya khabar..
kadang2 tu duk sebelah bilik pun leh tanya buat apa
(kawan2ku kat kolej ;p)
saya pula kat rumah tak jadi buat kerja bila duk melayan fb
kekadang terfikir fb ni melalaikan jer
kan bagus kalau takde benda alah ni
dapat juga buat benda lain yang lagi banyak faedah kan???

17 November 2009

exam yg.....

huhu sedih betul terkenang paper yang saya jawab tadi..apa la punyer soalan macam tu..dah agak dah soalan pelik2 akan keluar..dah pernah ambil kursus dengan pensyarah ni sem lepas..rasanya nilah exam yg paling teruk saya jawab sepanjang dpli ni..camna nak skor sem ni camni gaya???aduhhh...dah takde mood nak studi dibuatnya..ya Allah kuatkan la semangatku...nasib baik la dr.Ibrahim ni baik hati..selalu bagi high mark walaupun jawab ntah apa2..sebab soalan pun ntah apa2..macam duk kat dunia lain bila tengok soalan..harap2 exam tadi pun dr. akan bermurah hati la yer ~.~

minggu ni memang banyak keje..next week nak balik kampung dah..terpaksa siapkan semua kerja awal2, nak buat lesson plan..nak prepare microteaching lagi..susah juga nak jadi cikgu..tapi yang penting enjoy!! hari selasa saya dah nak cabut..yeay...(^_^)...tak sabarnya nak balik kampung!!!!

10 November 2009

macam2 hal...

today is my bad day??
oh no no no...
tapi kelam kabut jugak laaaa
hmmm...tapi saya rileks jer
malas nak fikir apa2
dah le bangun seawal pukul 4.30 pagi
semata-mata nak siapkan lesson plan
boleh pulak bangun awal bila terpaksa..huhu
lagipun hari ni kelas kul8 pagi
pas siap breakfast dengan nasi goreng
berlari2 la jugak nak bersiap
selalu camni pagi2..macam anak nak pergi sekolah hehe
dalam nak cepat2 tu..
tertinggal lak kunci rumah..aduh..
dah siap tarik tombol pintu baru teringat anak kunci
biasa hubby letak kat grille jer pas dia buka pintu
tapi benda dah nak jadi kan
rajin pulak husband i hari ni
sangkut balik kat temapt anak kunci huhu
pastu terpinga2 tak tahu nak buat camne
kunci spare ada kat dalam rumah jugak
bagus tak??hehe
bila tak tahu nak buat apa
pegi jer kat hubby yang tengah panaskan enjin kereta
kena marah la jugak...hehehe
tapi saya buat bodoh jer
bebel sorang2 la abg ;p

pastu lepas habis kuliah kul10
satu hal lagi takleh pulak nak kol hubby
rupa2nya dah takleh buat call out
hmm baru rm80 dah kena block
apa kes ni celcom??
sebelum ni biasa rm100 above baru block
terpaksa la pau hs faiz jap utk kol suami
(faiz dah pakai hs canggih..heheh..jgn buat baling lak ;p)
rupanya hs suamiku pun kena block jugak..
susahnya bila dua2 kena block tanpa dijangka ni
teringat masa kenduri kahwin dulu
hs kami kena block di pagi hari jumaat di hari kenduri kami
mana la nak pegi bayar bil cuti2 kat tganu pulak tu
kesian member2 yang duk msg
sorry la tak reply..emergency ..heheh

so pas kelas terus gi mines la utk bayar bil
sempat lagi tu jalan2 walhal ada lagi kelas kul2
tak kesah dah berkejar2 siapkan asigment
yang penting dapat makan asam laksa kegemaran..best!!
walaupun mahal tapi berbaloi2 dgn kesedapannya
saya dah jadi macam orang mengidam hehehe~~~~


suamiku tengah menghidang makanan kegemaranku~~~~

takleh bau la mesti rasa nak makan huhu
sampai hubby terikut sama dah
kalau dulu semangkuk takleh habis
tapi sekarang takleh kongsi2 lagi
kalau kongsi alamak saya dapat makan1/3 jelaa..

walaupun rumah terkunci dari dalam
tapi hati tetap happy hehe
saya tak fikir langsung nak cari jalan nak buka camana
pandai2 lah hubby fikir camana nak masuk rumah hehe

bila perut dah kenyang
tergesa-gesa la nak balik upm semula
ada shooting lak kul2..bukan turn saya..
tapi teringin gak nak tengok member2 mengajar

tapi apalah nasib....
tayar keretaku pulak pancit
hmm masa tu baru cuak sikit
takut jugak kalu tak sempat nak gi kelas
dengan tak print lagi lesson plan..tak solat lagi..
tapi sekejap jer cuak..
lega tengok abg dengan pantas menukar tayar
sekejap jer dlm masa 10 min dah siap
terer jugak abg jadi mekanik jela..hihikkk..
settle satu problem..
lega teramat sebab tak terlewat pergi kelas =)

masa dalam kelas tu hubby msg
yeayy dah berjaya bukak pintu rumah
kesian abg susah payah cokeh pintu
(cokeh tu bahasa terengganu...hehe)
rasa bersalah gak ni kat abg
lepas ni bi janji lebih hati2
tak nak cuai2 lagi ;p

tetiba ada gambar ni..time tunggu abg ambil pas kelas petang tadi (^_~)







07 November 2009

alahai kelantan...

hari ni sehari kepenatan
saya jadi chef jap masak kat rumah akak
pertama kali buat gulai daging sebanyak tu
huhu memula takut gak la tak jadi
tapi dah orang mintak tolong
so buat jugak la..huhu
kakak saya buat makan
hantar kat surau rumah dia
hmm bayar nazar kot
sebab abg ipar dah dapat keje lain
dah tak jadi cikgu lagi..suka la tu =)
sekarang keje kat lembaga peperiksaan lak
almaklum la abg ipar saya tu tak minat jadi cikgu
paksa diri pun takde guna gak kan..
nasib baik la gulai daging tu menjadi jugak
lega hati..hehe

hmm hajat nak tengok bola tak dapat pulak
sebab pas makan tu pegi ke lain
sampai rumah jer dapat tahu kelantan dah kalah
nampak sedih jer muka hubby..
rileks la abg..takde apa la..hehe
bi pun sedih ni..yeke??hehehe
tapi malu la pula rasa
kenapa penyokong kelate ni ganas2
hohoho
apapun dah penat macam ni
tido lagi baik
nite~~~~

06 November 2009

today is friday ;p

pagi ni sangat la indah
ntah ler napa yer
tak tahu nape
tapi rasa best sangat
rileks jer otak..tenang..
ni tengah tak tahu nak buat apa
menulis la sket hehe
sambil menunggu hubby balik
nak breakkfast sama-sama
belum makan pagi lagi ni huhu
sian hubbyku..
ni la nasib dapat isteri liat bangun
agaknye dah ada anak kot baru leh berubah hehe

lambat pulak hubby balik
tadi kata nak gi lab kejap jer huhu
saya baru jer siap masak nasik lemak
ingat nak buat nasik minyak pagi ni
tapi hubby nak makan nasik lemak
so buat yang suami nak makan jela =)
bestnya kalu leh hidup camni sampai bila2 kan
sama-sama student
so takde fikir pasal kerja
life orang student tahu la kan camne
seronok..hehe

nasik lemak..panas2 lagi nih...

boring lak takde kelas
hmm ni la manusia kan
ada kelas kan..nak takde kelas
takde kelas kan boring pulak
ramai kosmate gi jenjalan hari ni
siap ada gi hutan lipur berpicnic
hai korang..enjoy sakan ;p
nampak gaya hari ni saya kena study jela
weekend ada hal lain pulak
risau jugak kot tak sempat nak study
isnin dah ada exam
paper Dr. Ramlah..
best Dr. ni..rileks jer
gaya orang lama ..
tapi sonok..banyak ilmu dapat (^_~)

05 November 2009

diet oh diet

hari ni hari khamis dah
sekejap jer rasa masa ni gerak
esok dah jumaat
tapi esok takde kelas..hehehe
boleh la duk mengemas umah sket..
dah sakit mata tengok kain bertimbun tak berlipat
takde masa ke malas ni??aishh hehe

ni nak citer pasal makan
kenapa perut saya ni tak reti2 nak kenyang??huhu
tension fikir
rasa nak makan memanjang
ni tengah malam macam ni sempat lagi
buat pengat pisang
camne la nak diet camni gaya mkn
baru jer balik dari kedai makan
tapi teringin pulak nak makan pengat
dah la pengat ni manis bersantan
makan pulak time tengah malam gini
cari pasal betul huhu

sebenarnya bukan nak diet sangat pun
tapi risau sebab nak pakai baju kawin sekali lagi ni
tu berusaha nak slim
sebab try pakai kain takleh nak zip ;p
nampak sangat gemuk hehehe
aisehh tension betul nak kena jaga makan ni
hmm..sabar jela..

04 November 2009

rindu kat anak buah~~

my hubby with si cute arsyad~

adik syahid n arsyad~

ila n hazieq (mak sedara kesayangan hazieq-mak lang heheh)

si adik ambil kesempatan time si abg takde..hehe

time mood si abg baik =)

boringnye...
tak tahu nak buat apa
bosan jugak bila takde kelas
hubby cepat la balik...
nak pegi umah kak long pulak
huhu...
tetiba rasa rindu nak main dengan hazieq n arsyad
2 orang anak sedaraku yang comey n sangat nakal

cakap pasal anak sedara ni
teringat pulak hubby cakap beberapa hari lepas
rindu nak ada anak sendiri pulak
hehehe
padahal sebelum kahwin dah buat mou
nak honeymoon puas2 dulu
tapi tengok sekarang
sape yang tak tahan nak ada baby...hihi

ni nak citer perihal anak sedaraku..
mmg betul ke org kata anak sulung terlebih manja??
kalau nak compare anak sedara saya yang 2 orang ni
karakter memang jauh berbeza
yang sulung si hazieq garang, ganas, tapi manja sangat
sampai pening kepala saya bila melayan dia
takleh buat silap sikit huhu
tapi saya kagum dengan hazieq
sangat cerdik dan kuat ingatan...
kadang2 saya terpegun dan hairan
bila dengar cara dia bercakap
tak macam budak usia 3 tahun
dan yang lucu dia dah pandai ajuk cakap my husband
tergelak besar bila dengar dia kecek kelate hehehe
dan dia tahu saya suka sangat warna purple
takde siapa yang ajar dia
maybe sebab dia tengok masa saya kahwin semua warna purple
so dia decide memang mak ngah dia suka warna purple
sampai sekarang kalau dia ternampak warna purple
dia akan cakap
warna mak ngah..heheh

si adik, arsyad pulak
memang rileks
cool jer hehehe
n kalu bawak gi jln2 boleh buat cam anak sendiri
manja dengan saya n hubby
tapi kat umah dia
kadang2 kesian tengok
selalu dibuli oleh abgnya..hehehe
nasib la jadi anak ke-2 ni kan
arsyad nampak jer cool
tapi kalu dah geram sangat
boleh tahan dia mengamuk hehe
macam mak ngah dia ni gak
hehehe.....

oh suamiku sayang...

tetiba rasa sayu kat hubby..
semalam baru fikir nak rileks kat umah jer
memandangkan hari ni kebetulan takde kelas
bukan senang nak tunggu time camni
sejak masuk program guru instant ni..huhu..
tapi sebabkan hubby beria2 mintak teman
datang library ni..
dengan rasa ngantuk
ku bangun jua temankan suami tersayang..

sejak kahwin..
memang kami tak pernah berenggang
kecuali masa gi kursus insaniah guru kat pangkor tempoh hari
sebab tu rasa pedih teramat bila tahu
kami terpaksa berjauhan sementara tak lama lagi
paling sayu bila dengar keluhan abg..
sabarlah abg..temerloh tak jauh..silap2 bi ulang-alik jer =)

ya Allah..
syukur padamu kurniakan aku seorang suami seperti dia
moga kebahagiaan ini terus kekal hingga ke syurga
bi sayang abg sangat2...
terima kasih jaga bi dgn baik selama ni..
biar pun bi selalu buat abg geram
susah bangun pagi (mcm budak2 huhuhu)
hanya Allah yang mampu balas jasa abg...
i love u so much sayang........

senyumlah (^_~)

assalamualaikum dan selamat pagi..

semoga semua dalam keadaan sihat walafiat
dan dalam rahmat kasih sayang Allah sentiasa

kita semua tahu
setiap masa yang berlalu takkan kembali lagi~~
maka patutlah kita semua
hargai dan manfaatkan masa yang ada ni sebaik2nya..
laluilah kehidupan di dunia yang sementara ini
dengan penuh rasa syukur kepada ALLAH S.W.T...

Allah ada berfirman:
Maksudnya:"Tuhan yang menjadikan mati dan hidup supaya menguji manusia siapa di kalangan mereka itu yang baik amalannya." (Mulk: 2)

Di sini ada dua perkara yang perlu kita ingat iaitu:
1.Tuhan jadikan mati dan hidup
2.Tuhan jadikan manusia di dunia untuk diuji, siapakah yang baik amalannya.

dan diantara kita semua ni
pasti ada cita-cita dalam hidup kan
berusahalah mencipta kejayaan itu
tapi jangan kita lupa
ujian Allah pasti akan ada
untuk lihat sejauh mana keimanan kita
usah kenal putus asa..mahupun kecewa..
kejayaan ada di mana2..
yang penting berusaha..berdoa..bertawakal..
kejarlah bahagia dunia..bahagia akhirat jua..

dan..
ibadah jangan dilupa
salah satu ibadah yang paling simple ialah senyum =)
kenapa orang kita susah sangat nak ukir senyuman???
hmm tak tahu lah saya kenapa ya??
tapi tak salah kan sedekah senyum
walaupun pada orang yang kita tidak kenal
senyumlah....
agar semua orang disekeliling kita tersenyum..
senyum senyum senyumlah selalu.... (^_^)


03 November 2009

hatiku menangis??

salam..

dah lama tak menulis..
bz dgn kelas
ingatkan sem ni rileks sket dr sem lps
rupanya sama jer
n lagi teruk, byk kelas ditambah2
sampai pack giler jadual
takpela..nama pun blaja kan
tak kesah sgt la..
lgpun semua lecturer ok2 jer =)

tapi hari ni saya dapat tahu
satu perkara yg tak tahu nak kata sad or happy
gembira sbb dah tahu skolah mana skolah pertamaku
tapi dalam masa sama sedih sangat
sebab terpaksa jauh dgn hubby tercinta
hubby lagi la sedih..
hmmm....
takpela abg..demi cita2 kita..
kadang2 pengorbanan tu perlu ada
takpela kan..sesekali berjauhan..
moga2 ada hikmah
bi yakin Allah letak kita ditempat yg mampu kita lalui
so abg jgn sedih2 yea =)

SMK Kuala Krau..
semoga aku mampu jadi seorang guru yg baik
yg mampu mendidik anak bangsa dengan ikhlas
akan ku ingat pesan pensyarah2 ku
terutama Dr. Roselan...
ku ingin jd sepertimu..
insyaAllah..
ya Allah..berilah aku kekuatan
sesungguhnya hanya engkau yang tahu
yang terbaik untukku hamba-MU ini....