JANNATUL RAUDHAH
bahagiaku kerana-Mu...

“Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

12 December 2009

bila mata takleh pejam....

bila mata tak lena nak tidur
macam2 benda la dalam kepala ni duk fikir
sampai terlintas nama anak sekali
padahal plan nak ada baby lambat lagi
sempat jugak fikir nak buat apa untuk breakfast esok
hmm macam nak buat roll sardin n nasik lemak
makan jer keje..huhu..sampai badan hubby dah naik mendadak..
tapi nak buat camane kan...
bila dah kahwin ni rasa tetap nak masak untuk suami
nak tak nak suami terpaksa juga makan
walaupun mulut selalu cakap nak diet ;p
mak mertua selalu pesan makan tu jaga
takut kena penyakit pulak
tapi bila dah balik rumah sendiri
pesanan ma ingat tak ingat jer huhu
kalau jadi macam hubby kan senang
baring jer sekejap jer leh lelap
mungkin jugak siang tadi saya dah tidur banyak
sebab tu susah nak tidur malam hehe

sebenarnya hari ni hati saya sedih jer..
hajat nak balik kampung..
tapi tetiba ayah kol tak bagi balik
katanya risau jalan banyak rosak pas banjir hari tu
ayah saya ni risau sangat tiap kali saya nak balik dengan kerete
maklum la kereta kecil..
arghh..lambatnya posting..huhu
dah tak sabar nak tukar kereta kancil ni
tadi asik duk berangan nak pakai kereta apa
siap duk search list harga kereta
hubby pun pening tengok saya ni..hehe..
saya cakap pemangkin semangat belajar
takpe berangan tak salah kan
moga2 terlaksana tak lama lagi..
pasni harap ayah tak risau sangat dah
kesian ayah..macam2 kena fikir
sampai saya nak balik pun ayah naik runsing
ayah saya ni memang cepat benar naik risau
kadang2 saya naik kesian kat ayah
ayah...oh ayah...i love u so much!!

terfikir esok nak buat apa yer??
masak n masak pastu nak pergi melawat anak buah
tak sabar nak tengok arsyad makan ;p
anak buah saya yang sorang ni kuat bebenor makan
nasib tak gemuk..
yang si abang nak suruh makan pun kena pujuk
macam2 la kerenah budak2 ni kan...
nasib baik la saya ni dapat hubby yang suka budak2
anak kakak saya hubby la yang banyak melayan
saya ni takleh layan lama sket..cepat penat..huhu
nanti hubby boleh la melayan lebih anak2 sendiri
harapkan saya nampaknya ko sikit..huhu
tapi bila teringat pesan dr. roselan rasa bersemangat sikit
akhirnya semalam suami dapat gak kenal lecturer yang saya sangat kagum ni
terserempak di pusat kesihatan..
banyak tips2 yang pensyarah saya ni bagi
untuk nak anak cerdik..
didik la anak dengan buku sejak dalam kandungan lagi
lahir jer belikan buku2 plastik
sentiasa belikan buku...
sampaikan anak kita jadikan buku tu teman rapatnya
nak makan pun makan dengan buku...
bila dah biasa dengan buku...
insyaAllah takde masalah nak jawab exam
patut la anak2 beliau semua cemerlang
lagi..dalam mendidik anak ni..
kita kena jaga betul2 anak2 kita..
nak anak yang berjaya dan bagus akhlaknya
ibu bapa perlu berkorban lebih
berkorban lebih masa, lebih tenaga dan wang ringgit..
beri anak kita kebebasan sepenuhnya
supaya dapat berkembang dengan normal
kanak2 yang pintar kita tak boleh menghalang perbuatannya
tapi kita sebagai ibu bapa yang perlu memerhatikannya..
bagus jugak saya buat program dpli ni
banyak sangat ilmu dalam mendidik anak2
insyaAllah saya akan terapkan segala ilmu ni pada anak2 saya nanti
juga mendidik anak bangsa dengan sepenuh hati
dedikasi utk dr. roselan n dr. samsilah n pensyarah2 yang lain..
thanks a lot....

08 December 2009

alhamdulillah

lega teramat..tu yang saya leh kata..hehe..akhirnya berakhir sudah microteaching for this semester..sekejap jer masa berlalu..pejam celik pejam celik dah masuk bulan disember..syukur..terima kasih pada seme member2 sp..korang memang sporting..sebab tu saya rasa syoknye tiap kali ngajar kat depan..tapi sifat ntah apa2 memang takleh nak control la..hehe..banyak sangat rasanya buat lawak..walaupun member2 cakap presentation saya ok, tp still rasa segan bila ingat balik..ntah la..nape yer?tunggu dr. ramlah komen lak nanti..suspen jer ni..huhu..

for my loving sister..happy birthday ke-27..semoga dalam lindungan dan kasih sayang Allah sentiasa..juga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa hidup bahagia bersama2 anak2 (hazieq, arsyad..n...yg dlm perut) disamping suami tersayang..terima kasih banyak2..jasamu padaku tidak terbalas..tidak tergambar dengan kata2..hanya Allah yang tahu betapa bertuahnya ibah dapat kakak sepertimu..walaupun kak long nampak serius orangnya..tapi hatimu cukup mulia..i love u so much!!!!

05 December 2009

penangan facebook

malam dah jauh berlalu..tapi saya takleh nak lelap lagi..hubby dah lama lena..hmm jadi saya bangun la ngadap pc ni..boleh jugak buat sesuatu dari mata kelip2 tak buat apa2..mana takleh nak lelapnya..siang tadi asyik tido jer keje saya...maklumla takde kelas..so apa lagi..ambil kesempatan sepuas hati untuk tidur..tambah kepala saya ni sakit..jadi leh tido tanpa hubby ganggu..bangun pun dah tengah hari sebab adik dari penang nak datang rumah..bangun jugak la untuk masak sket2..sian diaorang terpaksa makan nasi goreng jer..nak wat camne..takde lauk nak di masak..tula..nak datang tak habaq awal2..nasib petang tadi sempat juga pergi pasar malam beli barang dapur..boleh la jugak masak untuk diaorang ni untuk makan malam..sambil duk cari bahan untuk microteaching next week, cam biasa layan la jugak facebook..tetiba teringat kat orang tua saya kat kampung nun..nampaknya org tua pun berminat nak ada fb ni..hehe...mana taknya..anak menantu asik duk cakap facebook2 jer..bila tangkap jer gamba cakap nanti letak kat facebook yer..masa raya tempoh hari..abah iaitu bapa mertua saya siap tanya lagi camne nak daftar fb ni..katanya..abah nak daftar jugak la..camana nak buat?? balik terengganu lak..ayah saya lak tanya..camana nak guna fb ni?kena bayar ke?apa beza dengan email??banyak pulak soalannya..hehe..tapi saya rasa nak gelak jer bila teringat ni semua..tula..cakap sangat fb3...kesian kat orang tua kita tak tahu apa..huhu..anyway tak sabar nak balik kampung lagi..rindu kat ayah n abah!!

03 December 2009

kek coklat moist

semalam boring takde apa nak buat
pas makan malam ajak hubby gi kedai
nak beli susu segar..
teringin nak try resepi yang cikna (makcik hubby) bagi masa balik kampung hari tu
hubby suka sangat kek coklat cikna ni
tu yang teringin sangat nak buat
sebelum ni saya pernah juga buat
tapi kek coklat biasa
ni nak try buat chocolate moist pulak
boleh tahan..first try..okla..
tapi tak sama macam yang cikna buat..huhu
takpe lenkali saya cuba lagi
nak dapat rasa yang sama cam yang cikna buat
tadi sempat juga bawak kek ni bagi kat kosmate
sekejap jer habis
sonok tengok budak2 ni makan ;p
anyway..thanks cikna..
saya suka sangat tengok makcik hubby yang sorang ni
ibah teringin nak jadi cam cikna
alim..bijak..bekerjaya..cantik..sopan..pandai masak..
boleh ke saya jadi macam dia?? =)

tak puas hati..nak try buat lagi =)

02 December 2009

gemuk?

sejak 2, 3 hari ni..duk terfikir juga..camna nak jaga makan suamiku..bukan apa..saya memang tak kesah suami gemuk, suka ada la..tanda isteri dia rajin masak ;p tapi yang menjadi masalah bila balik kampung..ramai betul yang menegur bentuk badan suami dah berubah..baru berapa bulan kahwin dah nampak berisi..pada saya tak salah pun berisi sikit..bukan obesiti pun..kan sihat tu tanda bahagia?... dulu sebelum kahwin hubby slim jer..hehe..maaf la sayang bi buat abg jadi gini =) lepas ni kita terpaksa la jaga makan..huhu...bukan hubby jer..saya pun makin chubby..tapi still ok lagi sebab tak ramai yang perasan ;p

apa yang kamu cari dalam hidup??

tadi dalam kelas dr. roselan tanya pada saya
apa yang kamu cari dalam hidup??
dengan sejujur hati
saya menjawab "bahagia dalam hidup"
bahagia di dunia dan juga akhirat
itulah yang saya impikan selagi hayat masih ada
alhamdulillah..syukur segala nikmat yang Allah telah berikan
sehingga hari ini...
tak terhitung rasanya nikmat hidup ini...
sekarang hidup saya dah cukup bahagia bersama suami tersayang
harapan saya semoga kebahagian ini kekal hingga ke syurga
terima kasih pada suami yang banyak membantu
juga pada keluarga tersayang
tak lupa pada keluarga mertuaku
kalian semua memang cukup baik
moga kasih sayang ini terus abadi selamanya~~~~~