JANNATUL RAUDHAH
bahagiaku kerana-Mu...

“Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

21 March 2010

cuti dah habis!!!

huhuhuhu
hari ni hari paling tak best
setelah seminggu lebih duk berkepit dengan hubby
bila nak kena balik kuala krau mula lah rasa liat semacam
sabar..sabar...3weeks jer lagi..
moga2 aku dapat bertahan
ikhlaskan diri..reda setiap masa..

memang best cuti kali ni
lain benar dengan sebelum ni
kali ni aku banyak teman hubby ke pameran2
dan jugak lepak kat ofis hubby..
malu.. tapi bila dah suami ajak aku ok jela
tak kesah la orang nak kata apa pun
janji aku dan suami bahagia heheh
tapi nasib baik pekerja2 kat sini baik2 blaka
rasa segan pun yer
malu bila dilayan lebih2
tapi nak wat camane
isteri bos kan..huhu

jap lagi nak kena balik kuala krau dah
hmm..tak tahu nak cakap ape..
tapi memang rasa malas giler ni..
bestnya kalu leh duk kat ofis suami ni lama2
teman suami buat keje...
tetiba jer rasa nak jadi surirumah...hmmmm

10 March 2010

so bored!!

hari ni aku rileks lagi
tak tahu nak buat apa
boring jugak kalu takde kelas
takleh nak membebel kat budak2
kalu tidak mesti mulut aku pot pet pot pet
faham2 la bila ngajar budak laki ni
tapi aku patut rasa bersyukur
smk kuala krau ni budak baik2 jer
takde masalah disiplin sangat
cuma malas jer sket
kalu budak kelas aku
huh...boleh dia cakap nak mati dah cikgu...
penat salin nota...
padahal aku suruh salin sikit jer
haih budak zaman sekarang~~
harap2 aku boleh jadi cikgu yang baik
cikgu yang memahami pelajar
dan mampu mengubah sikap mereka =)

08 March 2010

tahniah abg

assalamualaikum..
dah lama sangat rasanya tak menulis
jadi banyak yang ingin ditulis
hari ni hari isnin
hari yg paling tak best huhu
sebab ada 4 hari lagi nak tunggu jumaat
hari yang paling ditunggu2
bukan niat tak suka datang sekolah
memang seronok jadi cikgu ni sebenarnya
tapi rasa rindu pada suami
membuatkan hati meronta2 nak balik huhu
seksa betul hidup berjauhan
namun ku kuatkan semangat demi pelajar2ku..

hari ni banyak masa free
so boleh rileks2 sket
esok dah start ujian penilain 1
kepada semua pelajar smk kuala krau
rajin2 la buat ulangkaji
terutama pelajar2 kelas aku
2 baik, 2 cerdas, 2 cemerlang dan 2 maju
cikgu doakan kamu berjaya..amin

hari ni juga hari pertama suamiku bekerja di tempat baru
rasa bersyukur sangat2
kerana doa kami di makbulkan Allah
dah lama hajat kami untuk pulang ke kampung
berkhidmat di sana...
dan sekarang suamiku telah ditempatkan di terengganu
menjadi pengarah JKJR
rasa bersyukur sangat pada MU Allah
rezeki yang Engkau kurniakan tak terucap
dan aku tumpang gembira

kepada suamiku..
tahniah sayang
jalankan tugas abg sebaik2nya
ingatlah terlalu besar tanggungjawab yang diamanahkan
semoga abg mampu bertahan
dan ingatlah Allah setiap masa dalam apa jua keadaan
semoga abg mampu menjadi ketua yang baik
bukan sahaja di pejabat
tapi untuk keluarga kita jua
amin....